Selangor Mansion catat pertambahan kes positif tertinggi

Penghuni sekitar Jalan Masjid India beratur untuk membuat saringan Covid-19 hari ini berikutan penularan wabak Covid-19 di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Penghuni sekitar Jalan Masjid India beratur untuk membuat saringan Covid-19 hari ini berikutan penularan wabak Covid-19 di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur merekodkan pertambahan kes positif tertinggi hari ini iaitu sebanyak 32 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif di lokasi itu meningkat kepada 75 orang.

Selain itu, beliau berkata, kawasan PKPD lain yang turut merekodkan pertambahan kes termasuklah di Kluang, Bandar Baru Ibrahim Majid, Hulu Langat dan Menara City One.

"Terdapat pertambahan 10 kes positif Covid-19 masing-masing di kawasan Kluang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 193 kes dan Bandar Baru Ibrahim Majid sebanyak 155 kes," katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini di kawasan yang dikenakan PKPD.

Menurutnya, bagi Hulu Langat pula, terdapat pertambahan sembilan kes menjadikan 396 kes dan di luar kawasan Sungai Lui pula sebanyak empat kes baharu dilaporkan manakala di Menara City One pertambahan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan 31 kes.

Artikel Berkaitan: