X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Pesakit pulih meningkat kepada 2,108 kes

Dr Noor Hisham hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes pesakit wabak koronavirus (Covid-19) yang telah pulih dan dibenarkan discaj di negara ini meningkat kepada 2,108 kes atau 45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes direkodkan setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu selepas terdapat 113 kes baharu yang telah pulih dilaporkan.

"Setakat jam 12 tengah hari ini, terdapat 153 kes positif baharu dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,683.

"Daripada jumlah itu, 66 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 37 memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media di KKM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,499 kes.

"Kesemua jumlah kes aktif ini telah diasingkan dan diberikan rawatan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut memaklumkan terdapat tiga lagi kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 76 kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus