13 lelaki ingkar PKP di Petaling Jaya ditahan

Antara lokasi SJR yang dilaksanakan di sekitar daerah Petaling Jaya untuk bagi tempoh pelaksanaan PKP.
Antara lokasi SJR yang dilaksanakan di sekitar daerah Petaling Jaya untuk bagi tempoh pelaksanaan PKP.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 13 lelaki termasuk enam warga asing selepas ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua tangkapan dibuat bagi tempoh dua hari sejak semalam.

"Kesemua tangkapan berusia lingkungan 16 hingga 47 tahun ini ditahan secara berasingan ketika sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan.

"Semakan dokumen ke atas tangkapan warga asing mendapati mereka ini terdiri daripada dua warga Indonesia, Bangladesh (2), Sudan (1) dan Pakistan (1)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masih terdapat antara individu yang ditahan ini ketika sedang duduk berkumpul di lot gerai.

Katanya, kesemua 13 tangkapan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, bagi tempoh 24 jam ini, seramai 22 warga tempatan telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar PKP yang ditetapkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Kegagalan mematuhi peraturan itu membolehkan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Artikel Berkaitan: