Proses disinfeksi kali kedua Masjid Sri Petaling hari ini

Proses nyah cemar dalam kawasan Masjid Sri Petaling yang dilakukan hari ini.
Proses nyah cemar dalam kawasan Masjid Sri Petaling yang dilakukan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan proses disinfeksi kali kedua di Masjid Sri Petaling hari ini.

Unit Perhubungan Awam JBPM dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, proses disinfeksi itu melibatkan seramai 27 anggota, lima pegawai JBPM KL dan 15 anggota KKM.

Proses nyah cemar di kawasan Masjid Sri Petaling hari ini.
Proses nyah cemar di kawasan Masjid Sri Petaling hari ini.

"Ia termasuk kerja pelupusan karpet masjid yang turut dibantu lima anggota polis dan 10 kakitangan Kualiti Alam.

"Peralatan nyah cemar yang digunakan melibatkan dua unit 'water jet' dan 'mist blower' serta 16 'Knapsack Sprayer' serta 12 'mist blower' daripada agensi-agensi yang terlibat," kata kenyataan itu.

Terdahulu, pembersihan dan pembasmian kuman secara besar-besaran mula dilakukan di sekitar Masjid Sri Petaling pada 28 Mac lalu.

Pemeriksaan keselamatan sebelum memulakan operasi nyah cemar dilakukan.
Pemeriksaan keselamatan sebelum memulakan operasi nyah cemar dilakukan.

Ia susulan perhimpunan tabligh ijtimak yang diadakan pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu menjadikan kluster tabligh penyumbang terbesar kes positif jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Artikel Berkaitan: