Kerajaan pusat sumbang tiga juta topeng muka di Sabah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU- Sabah hari ini menerima sebanyak tiga juta helai topeng muka daripada kerajaan Persekutuan untuk diagihkan kepada isi rumah di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam kenyataan memaklumkan, bantuan itu diterbangkan khas dari Kuala Lumpur oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, pengagihan akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan statistik terkini yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katanya, setiap isi rumah akan dibekalkan empat helai penutup mulut dan hidung untuk kegunaan ahli keluarga yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam.

Safar berkata, kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyelaras penerbangan khas ke Sabah bagi tujuan itu.-Bernama

Artikel Berkaitan: