Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan kawasan Mersing manakala di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Sandakan (Telupid dan Beluran). - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!