Amaran ribut petir, hujan lebat di 6 negeri malam ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11 malam ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut).

Kawasan terjejas di Sarawak pula membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!