Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 1 pagi - MetMalaysia

Beberapa kawasan di lima negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi. Gambar hiasan
Beberapa kawasan di lima negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 8.30 malam, kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan, Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Di Sarawak pula, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Kapit (Song) serta Limbang (Lawas). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!