Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri hingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca berkenaan diramal berlaku di pantai timur melibatkan daerah Besut, Setiu dan Dungun di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Bera dan Rompin.

Keadaan sama turut dijangka melanda Jempol di Negeri Sembilan serta di Johor (Segamat dan Mersing)

Sementara itu di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Nabawan) serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!