Pendayung pelancong terjejas PKP terima sumbangan

Rahilah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan MDKS hari ini.
Rahilah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan MDKS hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menyampaikan bantuan kepada Persatuan Pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, bantuan diagihkan kepada 35 pendayung sampan di kawasan pelancongan kelip-kelip yang ketika ini tidak menerima kehadiran pelancong.

Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup berikutan situasi yang dilalui dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

"Bantuan itu diharap dapat meringankan beban penerima yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan di kawasan ini," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook MDKS di sini hari ini.

Rahilah berkata, selain sektor pelancongan, sebanyak 200 pek barang keperluan dapur turut disumbangkan kepada penerima lain.

"Kita turut mengagihkan bantuan ini kepada kakitangan MDKS dan penduduk sekitar daerah ini," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Kita berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan kakitangan MDKS yang menyumbang tenaga dan kewangan dan inisiatif seperti ini mendapat sambutan menggalakkan di saat dilanda kesedihan," katanya.

Artikel Berkaitan: