SMK Seri Pagi terima sumbangan al-Quran WUI

Hashim (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Pengetua SMK Sri Pagi, Jamri Ahmad (dua dari kiri).
Hashim (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Pengetua SMK Sri Pagi, Jamri Ahmad (dua dari kiri).
A
A
A

SEREMBAN - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) menerusi program wakaf menyumbangkan al-Quran kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pagi di sini pada Sabtu.

Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang mewakili WUI berkata, sumbangan ini sebagai satu usaha menyemarakkan budaya membaca dan dakwah dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

"Sempena perasmian Surau AlFalah SMK Sri Pagi, kita menyerahkan tiga set al-Quran wakaf menerusi program wakaf yang dikendalikan oleh WUI.

"Program ini yang mendapat sokongan ummah yang dicetus ideanya oleh Pengasas WUI, Datuk Husamuddin Yaacob sebaik sahaja negara dilanda wabak Covid-19 dan menyebabkan kita akur dengan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis perasmian surau berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, mulanya WUI hanya mensasarkan pemberian al-Quran kepada petugas hadapan sahaja, sebelum diperluas kepada pelbagai agensi dan institusi termasuk sekolah dan universiti.

"Kita telah serahkan lebih 130,000 naskhah al-Quran di seluruh negara setakat ini," katanya.