11 lelaki dicekup minum arak di tempat awam

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

GOMBAK - Seramai 11 lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, sepasukan polis yang membuat rondaan dan pemantauan PKP mendapati kesemua yang ditahan itu disyaki minum minuman keras di tempat awam.

“Seramai empat lelaki ditahan di Jalan Laksamana, Batu Caves pada jam 12.50 tengah malam manakala tujuh lelaki pula ditahan di Jalan E5/10 Taman Ehsan, Kepong pada jam 7.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Arifai berkata, kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 33 tahun itu gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka serta sengaja tidak mematuhi PKP.

“Semakan yang dibuat polis mendapati tiga daripada individu yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, kes juga disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: