Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.
KKM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kompaun telah dikenakan terhadap individu berkenaan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.
Menurut kementerian itu, tindakan tatatertib dalaman turut akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.
KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.
"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang, dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Individu yang tular merokok di premis makanan di Rawang adalah penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
- Kompaun telah dikenakan terhadap individu tersebut di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana merokok di tempat makan
- Tindakan tatatertib dalaman akan diambil terhadap individu tersebut selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
- Premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan
- KKM tidak akan berkompromi dengan warga kerja yang melanggar undang-undang dan akan melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
