Minum arak di pusat hiburan: Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim ditahan

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JAINJ untuk siasatan lanjut.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JAINJ untuk siasatan lanjut.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim yang ditahan dalam satu operasi berkala dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini.

Menurut sumber JAINJ, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11. 30 malam pada Khamis, kesemua individu terbabit sedang berhibur dengan alunan muzik yang kuat sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di premis berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga tempatan dan empat wanita asing iaitu warga Singapura dan Indonesia yang beragama Islam. Turut ditangkap tiga orang penjawat awam," katanya.

Jelasnya, kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan minum arak di bawah Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JAINJ untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim ditahan dalam operasi penguat kuasa JAINJ di pusat hiburan
  • Kesemua individu terbabit sedang berhibur dan tidak menyedari kehadiran penguat kuasa
  • Termasuk dalam tangkapan adalah 14 warga tempatan dan empat wanita asing dari Singapura dan Indonesia
  • Mereka ditahan atas kesalahan minum arak mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997
  • Boleh dikenakan hukuman denda RM3,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!