Meninjau mahkamah di ruang komen

Buka sahaja media sosial, ruang komen sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman. Foto hiasan
Buka sahaja media sosial, ruang komen sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman. Foto hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan perhati, sekarang ini bukan susah hendak mencari hakim. Buka sahaja media sosial, ruang komen sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman.

Belum pun sesuatu isu itu selesai disiasat dan masih samar hujung pangkalnya, ‘keputusan’ sudah dibuat.

Siapa yang salah, siapa yang patut dihukum, semuanya diputuskan dalam beberapa minit. Emosi bergerak lebih laju daripada fakta!.

Merak Jalanan bukan tidak faham. Zaman serba pantas ini membuatkan orang mahu respons segera.

Namun, apabila setiap perkara dinilai hanya berdasarkan potongan video beberapa saat atau tangkap layar tanpa konteks, kebenaran mudah tenggelam.

Penjelasan yang panjang tidak lagi diminati, sebaliknya tajuk sensasi dan ayat separuh masak lebih cepat meraih perhatian.

Lebih membimbangkan, ada pula yang seolah-olah seronok melihat api perbalahan marak. Lagi panas perdebatan, lagi rancak komen ditulis.

Ada yang menambah cerita, membuat andaian dan tidak kurang juga yang terus melabel tanpa rasa ragu.

Kata-kata pula semakin keras, seolah-olah tiada batas. Bahasa yang digunakan kadangkala jauh daripada adab dan nilai yang selalu kita banggakan.

Artikel Berkaitan:

Undang-undang dan proses siasatan dipandang sepi, seakan-akan tidak penting.

Merak Jalanan tertanya-tanya, sejak bila kita terlalu yakin dengan maklumat yang belum tentu sahih?

Sejak bila pula menekan butang ‘kongsi’ terasa lebih penting daripada menekan butang ‘sabar’?

Barangkali sudah sampai masanya kita kembali belajar menahan diri. Tidak semua perkara perlu diberi reaksi serta-merta. Tidak semua isu memerlukan kita menjadi juri.

Jangan sampai kita lupa menjaga adab sendiri!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!