Kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam bilik


Lokasi penemuan mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan rentung. Foto: Bomba Kuala Lumpur
Lokasi penemuan mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan rentung. Foto: Bomba Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini terbakar pada Ahad.

Maklumat kejadian diterima Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur melalui talian NG999 pada jam 2.59 petang.

Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan satu unit rumah di tingkat 10 bangunan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut dalam keadaan rentung dalam kebakaran di PPR Kampung Muhibbah
  • Kebakaran terjadi pada jam 2.59 petang dan maklumatnya diterima melalui talian NG999
  • Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat dihantar ke lokasi kejadian
  • Unit rumah yang terbakar terletak di tingkat 10 dan 80 peratus daripadanya musnah
  • Mangsa berusia empat tahun dan punca kebakaran masih disiasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!