'Doakan kami' - Rakyat Malaysia di UAE kongsikan detik cemas serangan AS, Israel

Hantaran TikTok @Sir Rafiq.
Hantaran TikTok @Sir Rafiq.
A
A
A

SHAH ALAM - Serangan balas Iran ke atas Emeriah Arab Bersatu (UAE) membuatkan kebanyakan rakyat di negara itu kini berada dalam keadaan panik selepas bom yang dilancarkan turut terkena kediaman penduduk.

Suasana mendebarkan itu dikongsikan seorang rakyat Malaysia di TikToknya menggunakan akaun @Sir Rafiq.

Menerusi hantaran itu, pemilik akaun berkenaan turut berkongsi video suasana penduduk yang mula keluar dari kediaman dan ruang udara yang diserang.

Menurut pemilik akaun berkenaan, melihat perkembangan yang semakin mencemaskan itu kebanyakan mereka mula membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sekarang ini kami dah mula cas segala peralatan yang boleh seperti telefon. Lapangan terbang ditutup. Doakan kami," katanya.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan ke atas Iran pada Sabtu, termasuk Tehran dengan laporan kemalangan orang awam.

Susulan itu, Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel, serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah termasuk UAE.

Akibat serangan itu, Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara itu dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan turut memaklumkan dia dan keluarga di sana masih dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan:

"Lapangan terbang Dubai kena hentam semalam, doakan baik-baik (dan) tiada apa jadi. Terima kasih doakan kami semua," tulisnya di ruangan komen media sosialnya itu.

Ringkasan AI

  • Serangan balas Iran ke atas UAE menyebabkan penduduk dalam keadaan panik selepas bom kena kediaman
  • Rakyat Malaysia di UAE kongsikan suasana panik melalui TikTok
  • Penduduk mula buat persediaan, termasuk mengecas peralatan
  • AS dan Israel telah melancarkan serangan ke atas Iran
  • Iran lancar serangan misil balas ke Israel dan kemudahan tentera AS di Timur Tengah termasuk UAE

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!