Masjid, surau di Pahang diminta adakan solat hajat

KUANTAN - Seluruh masjid dan surau di negeri ini dipohon mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam, khususnya di Timur Tengah, serta memohon perlindungan terhadap rakyat Malaysia yang berada di sana.
Perkara itu dimaklumkan oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Solat hajat tersebut hendaklah dilaksanakan pada hari berkenaan selepas solat Isyak dan sebelum solat tarawih," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan ke atas Iran pada Sabtu, termasuk di Tehran, dengan laporan kematian orang awam.
Susulan itu, Iran telah melaksanakan serangan balas peluru berpandu ke wilayah Israel serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.
Akibat serangan itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara itu dilaporkan terkorban.
Ringkasan AI
- Masjid dan surau di Pahang mengadakan solat hajat untuk keselamatan negara-negara Islam dan rakyat Malaysia di Timur Tengah
- Perintah ini adalah menurut titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- Solat hajat dilaksanakan selepas solat Isyak dan sebelum solat tarawih
- Amerika Syarikat dan Israel serang Iran termasuk Teheran, menyebabkan kematian orang awam
- Iran balas lancar serangan peluru berpandu ke Israel dan kemudahan tentera AS di Timur Tengah
- Akibat serangan, Ayatollah Ali Khamenei meninggal dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

