Ali Khamenei terkorban - Trump

Imej diambil Airbus menunjukkan keadaan beberapa struktur yang musnah di kompleks kediaman Ali Khamenei. - Foto Agensi
Imej diambil Airbus menunjukkan keadaan beberapa struktur yang musnah di kompleks kediaman Ali Khamenei. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah terkoban dalam serangan dilancarkan Washington bersama sekutu kuatnya, Israel di bawah Operasi Epic Fury pada Sabtu.

Trump mengumumkan kematian Ali Khamenei menerusi catatan di platform Truth Social.

"Beliau tidak dapat mengelakkan diri daripada dijejaki Sistem Pengesanan Canggih dan Risikan kami. Ini merupakan peluang besar kepada seluruh rakyat Iran untuk merampas kembali negara itu. Ia bukan sahaja keadilan untuk Teheran malah kepada seluruh rakyat Amerika," ujarnya tanpa mengemukakan bukti untuk mengesahkan perkara tersebut.

Pemimpin Republikan itu dengan angkuh juga mendakwa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pasukan tentera dan keselamatan Iran kononnya tidak lagi mahu berperang.

"Saya sedia beri mereka imuniti," katanya lagi menerusi hantaran panjang lebar tersebut.

Tetapi, Trump tidak memaklumkan kempen pengeboman ganas itu akan dihentikan sebaliknya bakal diteruskan lebih panjang demi mencapai objektif AS-Israel yang tidak dinyatakan dengan jelas.

Difahamkan, berita kematian itu hanya dilaporkan rangkaian media Barat malah laporan Tel Aviv menyebut gambar memaparkan jasad Ali Khamenei yang diambil dari kediamannya yang musnah dibedil telah ditunjukkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Media Israel juga mendakwa sekurang-kurangnya tujuh pegawai kanan Iran termasuk Ketua IRGC, Jeneral Mohammad Pakpour terkorban dalam serangan tersebut.

Sementara itu, media di Iran pula memaklumkan Ali Khamenei terselamat tanpa memberikan butiran lanjut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump mendakwa Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei terkoban dalam serangan Washington dan Israel
  • Trump mengumumkan kematian Khamenei melalui Truth Social
  • Trump dakwa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran tidak lagi mahu berperang dan sedia beri imuniti
  • Kempen pengeboman AS-Israel akan diteruskan untuk mencapai objektif tidak dinyatakan
  • Media Barat dan Israel laporkan kematian Khamenei, media Iran kata beliau terselamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!