Jojo terkandas di Jeddah, penerbangan dibatalkan

Johan
Johan
A
A
A

BINTANG muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar bersama keluarganya terkandas di Makkah susulan pembatalan penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Johan atau lebih mesra disapa Jojo menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Berdasarkan hantaran tersebut, Jojo memuat naik keratan tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) berhubung status penerbangannya yang telah dibatalkan.

Bagaimanapun, jaguh ONE Championship itu dilihat tenang berdepan situasi tersebut selain menyifatkan mempunyai lebih banyak masa untuk berada di Mekah.

"Perancangan ALLAH," tulisnya ringkas pada hantaran berkenaan.

Difahamkan, Jojo dijadualkan pulang semula ke Malaysia pada Ahad selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Pembatalan penerbangan tersebut adalah rentetan daripada tindakan beberapa syarikat penerbangan dunia yang terpaksa menghentikan operasi.

Ia berikutan penutupan ruang udara di beberapa buah negara di Asia Barat susulan konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran yang memuncak sejak Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • BIntang muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar terkandas di Makkah dengan keluarganya
  • Johan berkongsi tentang pembatalan penerbangan pulang ke Malaysia melalui Instagram Story
  • Pembatalan adalah akibat daripada tindakan Malaysia Airlines berhubung penutupan ruang udara di Asia Barat
  • Situasi ini berlaku susulan konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran
  • Johan dijadwalkan pulang ke Malaysia selepas menyelesaikan ibadah umrah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!