Wanita didakwa tikam ibu guna pembuka tin diarah ke Hospital Permai

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan wanita yang didakwa menikam ibunya dengan alat pembuka tin pada 20 Februari lalu dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, Hakim Hazeelia Muhammad mengeluarkan perintah supaya tertuduh, Faridah A. Harith, 55, menjalani pemeriksaan serta penilaian kesihatan mental mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.
"Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.
"Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi laporan psikiatri pada 2 April depan sementara menunggu laporan penilaian tersebut.
Ujarnya, kes masih dalam proses perundangan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes.
Ringkasan AI
- Wanita didakwa menikam ibunya dihantar ke Hospital Permai untuk pemeriksaan kesihatan mental
- Hakim Hazeelia Muhammad mengarahkan penilaian kesihatan mental tertuduh berdasarkan undang-undang
- Tertuduh, Faridah A. Harith, berusia 55 tahun tidak mengaku bersalah
- Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda
- Mahkamah tetapkan tarikh sebutan semula pada 2 April untuk laporan psikiatri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

