Wanita tikam ibu kandung ditahan

Polis menahan seorang wanita selepas didakwa menikam leher ibunya dengan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.
Polis menahan seorang wanita selepas didakwa menikam leher ibunya dengan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.
A
A
A

KUALA PILAH - Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun selepas didakwa menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 7.08 malam berhubung satu pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di kampung berkenaan.

"Mangsa yang berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek mungkin mempunyai masalah kesihatan mental namun motif kejadian masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Polis menahan wanita 50 tahun kerana menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol
  • Siasatan awal mendapati senjata tajam yang digunakan adalah alat pembuka tin
  • Mangsa berusia 80-an dibawa ke Hospital Rembau, keadaan stabil dan dibawah pemantauan
  • Suspek mungkin ada masalah kesihatan mental, motif masih disiasat
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!