Isu RM1.1 bilion: KSU Kementerian Ekonomi antara saksi akan dipanggil SPRM

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi antara beberapa saksi dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi antara beberapa saksi dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi antara beberapa saksi dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, ia susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu terbabit.

“Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan dengan membabitkan peruntukan besar iaitu RM1.1 billion.

“Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa,” katanya.

Sumber berkata, beberapa individu turut dikatakan diberikan jawatan yang tinggi di dalam syarikat berkenaan selepas berhenti dari kementerian terbabit.

“Sehubungan itu beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dijangka akan dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

12 Februari lalu, satu laporan diterima daripada gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kira-kira jam 2.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan laporan tersebut, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan.

Berikutan itu, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

 

Ringkasan AI

  • Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi akan dipanggil sebagai saksi berkaitan pelaksanaan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
  • SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung isu ketirisan dana kerajaan
  • Perjanjian dilakukan tanpa persetujuan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Beberapa individu diberikan jawatan tinggi dalam syarikat tersebut selepas meninggalkan kementerian
  • SPRM mengesahkan menerima laporan tentang keraguan dalam proses rundingan dan kelulusan perjanjian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!