Polis nafi kematian anggota tentera ada unsur dibuli

Tular gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini. Gambar kecil: Ashari
Tular gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini. Gambar kecil: Ashari
A
A
A

KUANTAN - Polis menafikan kes kematian seorang anggota tentera akibat dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini sebagaimana yang disebarkan di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa dibawa ke hospital dipercayai kerana tidak sedarkan diri dan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Khamis.

Bagaimanapun menurutnya, pemeriksaan awal oleh pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

"Difahamkan keluarga mangsa ada buat laporan mendakwa anaknya dibuli.

"Pegawai penyiasat sudah membuat siasatan dan mendapati kes kematian anggota tentera terbabit setakat ini tiada unsur jenayah," katanya.

Ashari berkata, sekiranya benar kes kematian itu melibatkan buli dan ada kesan kecederaan, laporan polis akan dibuat pihak perubatan untuk siasatan lanjut.

Ashari berkata, proses bedah siasat juga telah dijalankan dan doktor mengesahkan organ dalaman mangsa dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.

"Pihak polis menunggu laporan kimia bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh diperoleh," ujarnya

Sebelum ini, sebuah akaun Facebook berkongsi gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menafikan kematian anggota tentera di Kuantan disebabkan buli
  • Mangsa meninggal dunia di hospital tanpa kesan kecederaan pada tubuh
  • Keluarga mangsa membuat laporan mendakwa anaknya dibuli
  • Bedah siasat mengesahkan organ dalaman mangsa tanpa kecederaan
  • Polis menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti punca kematian, kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!