'Doakan anak-anak saya' - Anak kedua Amyza Aznan pula disahkan kanser tulang

PELAKON Amyza Aznan berkongsi berita duka anak keduanya, Adrian Adam baharu disahkan menghidap kanser tulang, sekali gus menjadi ujian besar buat dirinya sebagai seorang ibu.
Amyza, 50, sempat berkongsi kesihatan anaknya itu diketahui genap setahun selepas putera sulungnya, Andre Mikhail, 18, disahkan kanser paru-paru tahap tiga.
Menurutnya lagi, kedua-dua khabar tersebut diterima dalam tempoh yang hampir sama iaitu ketika bulan Ramadan serta bulan Februari yang juga merupakan bulan kelahiran anak-anaknya satu kebetulan yang cukup memberi kesan emosi mendalam kepada dirinya.
"Hari ini, Ramadan pertama pada bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya.
"Sama yang berlaku tahun lepas, pada bulan Ramadan dan pada bulan kelahiran, Andre Mikhail disahkan kanser paru-paru.
"Pada tahun ini, pada bulan Ramadan juga dan pada bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak, Adrian Adam pula disahkan kanser tulang," titipnya,
Amyza turut mengakui sebagai manusia dan seorang ibu, dia menanggung pelbagai perasaan yang sukar untuk diluahkan. Malah ada ketikanya pelakon Mat Descpatch itu takut untuk berkongsi kesedihan yang dipendam.
“Saya manusia dan juga ibu. Ada berbagai rasa tapi tidak terluah dan takut untuk meluah.
Dalam pada itu, Amyza truut menitip doa buat Adrian.
"Anakku Adrian Adam, hanya doa yang sarat di dada untukmu anakku. Anak yang cukup menenangkan jiwa.
"Semoga diberi kesihatan yang baik, kejayaan kebahagiaan milikmu didunia dan akhirat," tulisnya.
Berita berkenaan benar-benar mengejutkan warganet. Peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus menitipkan doa serta kata-kata semangat buat keluarga pelakon berkenaan agar diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Sekadar info, Adrian Adam berbakat dalam seni suara dan pernah meraih kemenangan mingguan dalam program realiti, Famili Duo bersama Amyza.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu terdahulu berkongsi keadaan anak sulungnya yang mengalami ketumbuhan tumor pada paru-paru.
Difahamkan, saiz tumor pada paru-paru Andre Mikhail yang semakin membesar menyebabkan paru-paru kanan 'collapse'. - Sinarplus
Ringkasan AI
- PELAKON Amyza Aznan berkongsi berita duka anak keduanya, Adrian Adam, menghidap kanser tulang
- Putera sulungnya, Andre Mikhail, 18, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga setahun sebelumnya
- Kedua-dua diagnosis tersebut diterima dalam bulan yang sama, Ramadan dan Februari, bulan kelahiran kedua anaknya
- Amyza mengakui sebagai seorang ibu, dia menanggung pelbagai perasaan yang sukar untuk diluahkan
- Warganet dan rakan artis menitipkan doa serta kata-kata semangat untuk keluarga Amyza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
