Trend 'makan plastik' untuk turunkan berat badan

BEIJING - Satu fenomena pelik digelar sebagai trend 'makan plastik' untuk penurunan berat badan semakin meraih perhatian di China.
Berdasarkan beberapa klip yang dikongsi secara meluas di TikTok, sejumlah individu terutamanya golongan muda bertindak menutup mula mereka dengan plastik yang kemudiannya disuap dengan makanan.
Makanan itu dikunyah seketika sebelum diluahkan semula.
Rutin diet aneh itu kononnya untuk memperdaya otak dan bagi mengelakkan berat bertambah jika mengambil makanan seperti biasa.
Tetapi, keberkesanan trend itu dikatakan masih belum terbukti dan ia sebenarnya boleh mengancam kesihatan atau menyebabkan gangguan makan kepada individu.
Golongan muda yang sudah terpengaruh dengan diet sedemikian pula mendakwa mereka dapat mengawal keinginan untuk makan secara berlebihan dengan berpura-pura menjamah makanan.
Segelintir warganet pula mengecam trend tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.
"Jika takut gemuk, uruskan tabiat pemakanan anda dan menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam serta kekal berdisiplin," tulis seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi berpendapat, trend ekstrem itu merupakan satu lagi bentuk gangguan makanan seperti bulimia. - Agensi
Ringkasan AI
- Fenomena pelik digelar sebagai trend 'makan plastik' untuk penurunan berat badan semakin meraih perhatian di China
- Individu, terutamanya golongan muda, bertindak menutup mulut mereka dengan plastik yang kemudiannya disuap dengan makanan
- Makanan itu dikunyah seketika sebelum diluahkan semula
- Rutin diet aneh itu kononnya untuk memperdaya otak dan bagi mengelakkan berat bertambah
- Keberkesanan trend itu masih belum terbukti dan ia sebenarnya boleh mengancam kesihatan atau menyebabkan gangguan makan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

