Trump umum sumbangan berbilion dolar untuk Gaza pada mesyuarat Lembaga Keamanan

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan sumbangan berbilion dolar bagi bantuan di Semenanjung Gaza pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan yang diadakan di Washington pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Trump berkata, Amerika Syarikat menyumbang sebanyak AS$10 bilion kepada badan baharu itu.
Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait secara kolektif berikrar menyumbang lebih AS$7 bilion, katanya.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pula sedang mengumpulkan tambahan AS$2 bilion, menurut Trump.
Presiden AS itu turut memaklumkan yang Jepun komited untuk menjadi tuan rumah satu acara kutipan dana, yang menurutnya "akan menjadi sangat besar.” - Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan sumbangan berbilion dolar bagi bantuan di Semenanjung Gaza
- Amerika Syarikat menyumbang sebanyak AS$10 bilion kepada badan baharu itu
- Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait secara kolektif berikrar menyumbang lebih AS$7 bilion
- Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang mengumpulkan tambahan AS$2 bilion
- Jepun komited untuk menjadi tuan rumah satu acara kutipan dana
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
