Lelaki 'godam' sistem, bayar hanya 1 sen menginap di hotel mewah

Polis menahan seorang lelaki yang membuat tempahan bilik hotel mewah dengan bayaran 1 sen di bawah kes jenayah siber yang menggemparkan negara itu.
Polis menahan seorang lelaki yang membuat tempahan bilik hotel mewah dengan bayaran 1 sen di bawah kes jenayah siber yang menggemparkan negara itu.
A
A
A

MADRID - Polis Sepanyol pada Rabu menahan seorang lelaki yang membuat tempahan bilik hotel mewah dengan bayaran 1 sen di bawah kes jenayah siber yang menggemparkan negara itu.

Suspek warga tempatan berusia 20 tahun itu didakwa memanipulasi sistem pembayaran laman web hotel tersebut untuk harga bilik yang mencecah 1,000 euro (RM4,615) untuk satu malam.

Ketika diberkas, pelaku menginap di sebuah hotel di Madrid selama empat malam yang berjumlah 4,000 euro (RM18,462) dan menggunakan barang disediakan bar mini sepanjang penginapannya tanpa membayar bil.

Siasatan dilancarkan selepas laman tempahan dalam talian mengesan aktiviti mencurigakan pada awal bulan lalu.

"Serangan siber itu direka khusus untuk mengubah sistem pengesahan pembayaran. Ia merupakan kali pertama kami mengesan jenayah yang menggunakan kaedah penggodaman seperti ini," menurut Polis Nasional Sepanyol dalam satu kenyataan.

Pelaku telah menginap di hotel itu beberapa kali dan mengakibatkan kerugian berjumlah lebih 20,000 euro (RM92,314). - AFP

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Sepanyol menahan seorang lelaki atas penipuan bilik hotel mewah dengan bayaran 1 sen
  • Suspek berusia 20 tahun memanipulasi sistem pembayaran laman web hotel untuk memperoleh harga bilik 1,000 euro semalam
  • Pelaku menginap di hotel Madrid selama empat malam tanpa membayar bil keseluruhan berjumlah 4,000 euro
  • Siasatan dilancarkan selepas aktiviti mencurigakan dikesan pada sistem tempahan dalam talian
  • Serangan siber ini mengubah sistem pengesahan pembayaran, merupakan kali pertama jenis jenayah ini dikesan oleh Polis Nasional Sepanyol

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!