'Rumah kami tiada elektrik, anak hanya belajar di sekolah'

Nor Cristina dan ahli keluarganya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli yang disampaikan oleh Siti Norina di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
Nor Cristina dan ahli keluarganya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli yang disampaikan oleh Siti Norina di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - "Rumah kami tiada elektrik, anak hanya belajar di sekolah.

Demikian luahan Orang Asli dari Pos Pasik, Gua Musang, Ranya Rangas yang terharu selepas anaknya Nor Cristina berjaya terpilih memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang.

Menurut bapa kepada empat orang anak daripada suku kaum Temiar itu dia sama sekali tidak menyangka anak keduanya itu mampu cemerlang dalam akademik walaupun hanya mengikuti pelajaran di sekolah.

Ujarnya, kedudukan rumah mereka di tengah-tengah hutan tanpa kemudahan elektrik menyukarkan Nor Cristina untuk mengulang kaji pelajaran.

"Saya sangat gembira, walaupun terpaksa berjauhan selepas ini dan melalui jalan balak serta kelapa sawit untuk menghantarnya ke sekolah, ia tidak menjadi masalah.

"Saya dan isteri, Jamilah Jais hanya mahu melihat anak belajar pandai. Lagipun ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Kota Bharu. Sebelum ini tidak pernah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan di sini pada Ahad.

Surat tawaran tersebut disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad.

Nur Muhammad Al-Khawarizmi berkongsi kegembiraan bersama ibu bapanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
Nur Muhammad Al-Khawarizmi berkongsi kegembiraan bersama ibu bapanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SBP Kepada Murid Orang Asli di Dewan Seri Tunjong, JPN Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Nor Cristina yang merupakan bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai itu dia sudah tidak sabar untuk memasuki SBP.

"Walaupun ini kali pertama akan berjauhan daripada keluarga namun demi mengejar cita-cita sebagai pramugari, saya sanggup melakukannya.

"Saya memang berangan-angan hendak masuk sekolah berasrama. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin," katanya.

Bagi pelajar Orang Asli, Nur Muhammad Al-Khawarizmi Rosmi dari SK Kuala Betis memberitahu, pada awalnya dia tidak menjangkakan akan dapat memasuki SBP.

"Ini kerana saya ada mohon MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) namun gagal.

"Bila tahu dapat sambung ke SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, saya sangat gembira," katanya.

Bagi ibunya, Norasiah Mohd Nor, 52, anak bongsu daripada enam beradik itu merupakan anak pertamanya yang akan belajar di SBP.

Ujarnya, dia dan suami ingin melihat Muhammad Al-Khawarizmi berjaya di dalam pelajaran dan dapat mengejar cita-citanya sebagai pereka cipta.

Ringkasan AI

  • Rumah tanpa elektrik, Orang Asli Pos Pasik terharu anak terpilih masuk SBP
  • Anak keduanya dari suku kaum Temiar berjaya cemerlang akademik
  • Kedudukan rumah di tengah hutan tanpa elektrik
  • Surat tawaran SBP disampaikan oleh Pengarah Pendidikan JPN Kelantan
  • Nor Cristina dan Nur Muhammad Al-Khawarizmi bersemangat memasuki SBP demi cita-cita

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!