Belum cerai, isteri didakwa kahwin lagi dengan lelaki Pakistan

KOTA BHARU - Seorang lelaki membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada Rabu lalu selepas mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi pada Ahad.
“Kita ada menerima laporan yang dibuat lelaki terbabit.
“Pihak Jabatan Agama akan mengambil tindakan lanjut,” katanya ringkas.
Isu itu terbongkar selepas lelaki berusia lingkungan 40-an hadir ke pejabat agama di Bachok untuk mengambil surat cerai pada Selasa lalu.
Semasa berada di pejabat berkenaan, dia dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa bekas isterinya mempunyai dua suami iaitu dirinya dan seorang lelaki warga Pakistan.
Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 14 Januari lalu, sedangkan isterinya didakwa telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan pada Disember tahun lalu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki melaporkan isterinya berkahwin dengan lelaki warga Pakistan sedangkan mereka masih berstatus suami isteri
- Ketua Polis Daerah Bachok mengesahkan menerima laporan tersebut
- Jabatan Agama akan mengambil tindakan lanjut terhadap isu ini
- Lelaki tersebut mengetahui hal ini ketika mengambil surat cerai
- Pasangan ini bercerai pada 14 Januari, isteri didakwa berkahwin bulan Disember sebelumnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

