Tiada kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Sungai Terap

Rozana memuatnaik status di Facebook berhubung kiriman teks di media sosial dan audio kononnya terdapat kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Sungai Terap.
Rozana memuatnaik status di Facebook berhubung kiriman teks di media sosial dan audio kononnya terdapat kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Sungai Terap.
A
A
A

TANJONG KARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Rozana Zainal Abidin menafikan laporan kiriman teks di media sosial dan audio kononnya terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) di Taman Nilam, Sungai Terap.

Rozana memuatnaik status di Facebook memberitahu, kiriman teks itu mula tular sejak semalam.

Menurutnya, orang ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu sewenang-wenangnya tanpa mengetahui sama ada sahih atau pun tidak.

"Mohon tidak disebarkan berita palsu yang cuma menambah panik.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita mengenalpasti sumber sahih dari setiap berita atau info yang kita peroleh," katanya.

Terdahulu, kiriman teks palsu yang tular di media sosial itu mengaitkan terdapat individu dijangkiti Covid-19 di Taman Nilam dan Batu 4 Sungai Terap.

Malah berita palsu itu menjelaskan pesakit terbabit telah dibawa pihak ambulans dan diiringi pihak polis.

Artikel Berkaitan: