Dua anggota polis direman kes minta, terima rasuah

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Dua anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dalam kes narkotik direman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Perintah reman selama enam hari sehingga 16 Februari 2026 terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5 petang pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman pada Rabu.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman pada Rabu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 5 Januari lalu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah berkenaan secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Dua anggota polis disyaki menerima rasuah RM2,000 untuk tidak mengambil tindakan dalam kes narkotik
  • Kedua-dua suspek direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh
  • Suspek berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di pejabat SPRM Melaka
  • Kejadian rasuah didakwa berlaku di Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!