Bangladesh catat kematian pertama Nipah

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengesahkan kematian seorang wanita di Bangladesh akibat jangkitan virus Nipah.
Mangsa berusia antara 40 dan 50 tahun itu dilaporkan mengalami simptom yang konsisten dengan virus berbahaya tersebut pada 21 Januari lalu.
"Dia meninggal dunia kira-kira seminggu selepas itu. Wanita tersebut tidak mempunyai rekod perjalanan ke India yang sebelum ini merekodkan kes jangkitan.
"Seramai 35 kontak rapatnya sedang dipantau meskipun keputusan ujian mereka negatif," jelas WHO lagi.
Agensi tersebut turut menyatakan risiko penularan penyakit itu ke peringkat antarabangsa dianggap rendah dan ia tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan berdasarkan maklumat semasa.
Sebelum ini, kes yang direkodkan di India telah mencetuskan kebimbangan di rantau Asia. - Agensi
Ringkasan AI
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kematian wanita di Bangladesh akibat virus Nipah
- Mangsa berusia antara 40 dan 50 tahun mengalami simptom virus Nipah pada 21 Januari
- Wanita tersebut meninggal seminggu selepas menunjukkan simptom dan tidak ada rekod perjalanan ke India
- Seramai 35 kontak rapat mangsa sedang dipantau dan keputusan ujian mereka negatif
- Risiko penularan penyakit Nipah ke peringkat antarabangsa dianggap rendah dan tidak ada sekatan perdagangan atau perjalanan disarankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

