Amerika Syarikat gesa rakyatnya tinggalkan Iran

Kedutaan Maya Amerika Syarikat (AS) di Iran pada Jumaat mengeluarkan amaran keselamatan dan menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan negara tersebut.
Kedutaan Maya Amerika Syarikat (AS) di Iran pada Jumaat mengeluarkan amaran keselamatan dan menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan negara tersebut.
A
A
A

TEHERAN - Kedutaan Maya Amerika Syarikat (AS) di Iran pada Jumaat mengeluarkan amaran keselamatan dan menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan negara tersebut ketika proses rundingan antara kedua-dua negara berlangsung di Oman.

“Risiko keselamatan semakin membimbangkan susulan penutupan jalan, gangguan pengangkutan awam dan sekatan internet sedang berterusan.

“Pemerintah Iran terus menyekat akses perkhidmatan penting. Syarikat penerbangan juga mengehadkan atau membatalkan penerbangan ke dan dari Iran," menurut kenyataan itu lagi.

Ia kemudiannya menyarankan rakyat Amerika supaya merancang kaedah komunikasi alternatif dan meninggalkan negara itu melalui laluan darat ke Armenia atau Turkiye.

Pada Disember lalu, Jabatan Negara AS turut mengeluarkan nasihat perjalanan 'tahap empat' atas alasan ketidakstabilan di Teheran dan risiko penahanan rakyat mereka disebabkan konflik yang semakin memuncak. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kedutaan Maya AS di Iran mengeluarkan amaran keselamatan dan menggesa rakyatnya meninggalkan Iran
  • Risiko keselamatan meningkat akibat penutupan jalan, gangguan pengangkutan awam, dan sekatan internet
  • Pemerintah Iran menghadkan akses kepada perkhidmatan penting dan syarikat penerbangan membatalkan penerbangan
  • Rakyat Amerika disarankan meninggalkan Iran melalui laluan darat ke Armenia atau Turkiye
  • Jabatan Negara AS telah mengeluarkan nasihat perjalanan 'tahap empat' karena ketidakstabilan dan risiko penahanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!