Pengawal keselamatan ditembak penyelia selepas minta cuti

Suspek (kiri) sudah ditahan polis dan mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.-Agensi
Suspek (kiri) sudah ditahan polis dan mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.-Agensi
A
A
A

BATANGAS – Seorang pengawal keselamatan cedera ditembak oleh penyelianya sendiri selepas meminta cuti sehari dalam satu kejadian di Sto. Tomas City, wilayah Batangas, Filipina pada Isnin lalu.

Menurut polis wilayah, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan di Purok 6, Barangay San Miguel.

Mangsa berusia 30 tahun dilaporkan meminta cuti daripada pegawai penyelia bertugas berusia 56 tahun, namun permintaan itu ditolak dan mangsa diarahkan mematuhi jadual kerja.

Keadaan menjadi tegang apabila mangsa enggan beredar, bertindak agresif dan didakwa mengambil sebilah parang serta mencabar penyelianya bergaduh.

Walaupun cuba menenangkan keadaan dan menasihatkan mangsa meninggalkan kawasan tersebut, mangsa dilaporkan kembali dan membaling objek keras ke arah penyelia.

Tindakan itu mendorong penyelia melepaskan tembakan menggunakan senapang patah perkhidmatan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital St. Frances Cabrini untuk rawatan, manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bersama senapang patah 12-gaun.

Polis memaklumkan suspek akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pengawal keselamatan di Batangas, Filipina cedera ditembak oleh penyelia selepas meminta cuti sehari
  • Kejadian berlaku di Sto. Tomas City, Batangas pada jam 11 pagi waktu tempatan
  • Mangsa berumur 30 tahun meminta cuti namun ditolak dan diarahkan patuhi jadual kerja
  • Mangsa bertindak agresif dan mencabar penyelia setelah permintaan cuti ditolak
  • Suspek, penyelia berusia 56 tahun, akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!