Tiga maut pesawat terhempas dalam laut

CANBERRA - Tiga lelaki maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di selatan Adelaide pada petang Jumaat, menurut Polis Australia Selatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Polis menerima laporan mengenai sebuah pesawat ringan yang terhempas ke dalam laut kira-kira 4.20 petang waktu tempatan dan segera bertindak balas, katanya dalam satu kenyataan.
Ketiga-tiga mangsa di dalam pesawat itu ditemukan maut -- juruterbang berusia 57 tahun serta dua penumpang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, katanya sambil menambah bangkai pesawat telah dibawa ke darat. - Bernama
Ringkasan AI
- Tiga lelaki maut selepas pesawat ringan terhempas di selatan Adelaide
- Pesawat terhempas ke dalam laut pada petang Jumaat
- Polis Australia Selatan bertindak balas segera selepas menerima laporan
- Mangsa terdiri daripada juruterbang berusia 57 tahun dan dua penumpang berusia 18 dan 19 tahun
- Bangkai pesawat telah dibawa ke darat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
