'Nak suruh beruk tengok ke?' - Lelaki bakar suar didakwa keluar kata kesat kepada polis

Alfadli (kanan) bersama beberapa lagi tertuduh ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kurang sopan dan membakar suar di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

A
A
A

KUALA TERENGGANU – Individu yang mengeluarkan kata-kata kurang sopan ketika insiden membakar suar di Jambatan Angkat di sini mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Orang kena saman (OKS), Alfadli Awaluddin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa melakukan kesalahan pada 1 Februari lalu kira-kira jam 7 malam di pekarangan Jambatan Angkat Kuala Terengganu dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan iaitu, “takkan mahu bakar suar dalam hutan, nak suruh beruk tengok ke?” terhadap Inspektor Azmi Mahamad Nor @ Mohammad Nor.

Susulan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 atau penjara sehingga satu bulan atau kedua-duanya sekali jika gagal membayar denda.

Sembilan individu dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan kekecohan yang tercetus dalam insiden membakar suar di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad lalu.
Sembilan individu dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan kekecohan yang tercetus dalam insiden membakar suar di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Mahkamah membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 5 Mac sebagai tarikh sebutan semula bagi lantikan peguam serta serahan dokumen.

Sementara itu, di kamar sama, tiga lagi tertuduh iaitu Muhammad Haiqal Jemerizan, 22; Muhammad Amrin Abdul Halim, 29, dan Muhammad Hafiz Azim Abdul Halim, 25, didenda RM3,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki suar.

Artikel Berkaitan:

Sembilan individu dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan kekecohan yang tercetus dalam insiden membakar suar di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad lalu.
Sembilan individu dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan kekecohan yang tercetus dalam insiden membakar suar di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama lima bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 8.45 malam hingga 9.30 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, di kamar mahkamah berasingan, lima lagi tertuduh iaitu Muhammad Ashraff Azhar Mohd Radzi, 23; Muhammad Aliff Aiman Norazman, 23; Syafiq Waliuddin Mohd Anuar, 25; Hamizan Zasri Ahmad Fauzansah, 25 dan Noor Akmal Danish Noor Azli, 26, turut didakwa atas kesalahan sama iaitu memiliki suar.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Kesemua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak dan masing-masing didenda antara RM2,800 hingga RM3,200 atau penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nur Anith Nabilah Rusli dan Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!