Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar

Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua.
Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua.
A
A
A

JASIN - Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di dalam kenderaan berkenaan pada Selasa lalu.

Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Difahamkan kejadian terbongkar selepas ibu pelajar berkenaan melihat perubahan sikap anaknya yang kemudian menceritakan kejadian. 

Dikatakan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang pada hari sama ketika mangsa sedang berada di dalam bas bersendirian selepas suspek menurunkan pelajar-pelajar lain.

Suspek bertindak memberhentikan bas di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Kesang sebelum memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kesang pada malam Rabu disusuli penahanan suspek pada hari sama.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar lelaki Tingkatan Dua
  • Majistret Mazana Sinin mengeluarkan perintah reman hingga 11 Februari untuk membantu siasatan
  • Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa perasan perubahan sikap anaknya yang kemudian menceritakan kejadian itu
  • Gangguan seksual berlaku dalam bas sekolah kira-kira jam 3 petang apabila bas berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Kesang
  • Ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan pada hari yang sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!