Sarjan tak mengaku terima RM2,500 untuk selesai kes narkotik

Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima wang tunai RM2,500 daripada seorang lelaki.
Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima wang tunai RM2,500 daripada seorang lelaki.
A
A
A

BUTTERWORTH- Seorang polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,500 bagi menyelesaikan kes berkaitan narkotik di George Town pada tiga tahun lalu.

S Yuvarajan, 33 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) didakwa sebagai seorang ejen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Sarjan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik (2), IPDTL Pulau Pinang telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang tunai RM2,500 daripada Ahmad Fuaad Mokhtar,47.

Wang itu sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu untuk menyelesaikan kes ujian saringan air fencing Muhamad Fazli Mokhtar,42 iaitu adik kepada Ahmad Fuad.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bangunan premis perniagaan di Sungai Dua, George Town pada jam 7.45 malam, 12 Julai 2023.

Oleh itu tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima wang tunai RM2,500.
Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima wang tunai RM2,500.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam, C Hari Prassaad Rao.

Noor Azura menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Hari Prassaad kemudiannya memohon mahkamah memberi jaminan paling minimum berikutan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.

"Anak guam saya mula bertugas pada 2019 namun telah ditahan kerja pada tahun 2023 kerana perlu menjalani siasatan berhubung kes ini. Bagaimanapun, dia dipanggil untuk kembali bertugas pada awal tahun lalu.

"Sepanjang siasatan, anak guam saya memberi sepenuh kerjasama. Selain itu, dia mempunyai seorang isteri dan dua anak yang perlu disara.

"Oleh itu, saya memohon agar diberikan jaminan yang paling minimum terhadap tertuduh," katanya.

Zulhazmi kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan dua syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes ditangguh sehingga 9 Mac untuk serahan dokumen.

Ringkasan AI

  • Sarjan polis dituduh terima rasuah RM2,500 untuk selesaikan kes narkotik
  • Mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth
  • Tertuduh bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang
  • Dituduh melakukan kesalahan di George Town pada 12 Julai 2020
  • Boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!