Pegawai kanan tentera direman enam hari disyaki terima rasuah RM28,000

Suspek dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman. FOTO: SPRM
Suspek dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman. FOTO: SPRM
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pegawai kanan tentera direman enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000,sebagai dorongan untuk menyambung kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi di tempat kerjanya.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Tempoh reman terhadap suspek bermula 4 Februari hingga 9 Februari ini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan pada jam kira-kira 4.30 petang pada Selasa ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Tempoh reman terhadap suspek bermula dari 4 Februari hingga 9 Februari ini. FOTO: SPRM
Tempoh reman terhadap suspek bermula dari 4 Februari hingga 9 Februari ini. FOTO: SPRM

"Siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk menyambung kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi di tempat kerjanya.

"Dia turut dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor lain yang mendapat projek di tempat kerjanya antara tahun 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ringkasan AI

  • Seorang pegawai kanan tentera direman enam hari atas tuduhan rasuah RM28,000
  • Majistret Sara Afiqah Zulkifli mengeluarkan perintah reman
  • Reman berlaku dari 4 Februari hingga 9 Februari
  • Suspek ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan
  • Penyiasatan SPRM bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!