Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit

TANGKAK – Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira jam 3.15 petang.
"Pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti termasuk status kewarganegaraan berikutan keadaan mayat yang telah mereput.
“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu ujarnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, kenalan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Mati, SM Azaam Nordin di talian 012-241 6116 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di nombor 06-978 5222.
Ringkasan AI
- Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati
- Penemuan mayat dilaporkan kepada polis oleh orang awam pada jam 3.15 petang Selasa
- Identiti mangsa termasuk status kewarganegaraannya tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang telah mereput
- Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian
- Orang ramai diminta membantu siasatan dengan memberi maklumat berkaitan kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

