Jabatan Penjara serah siasatan dakwaan salah laku, rasuah pegawai kepada SPRM

Jabatan Penjara Malaysia menghormati proses siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Jabatan Penjara Malaysia menghormati proses siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan salah laku dan rasuah melibatkan pegawai penjara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memberitahu pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung operasi yang dijalankan SPRM di Penjara Bintulu melibatkan beberapa pegawainya.

"Jabatan ini memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan rasuah yang melibatkan mana-mana pegawai dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dalam membantu siasatan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Menurutnya, Jabatan Penjara Malaysia turut menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan.

"Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan tindakan lanjut di peringkat jabatan berdasarkan hasil siasatan dan perundangan yang berkaitan," katanya.

Malah, Jabatan Penjara Malaysia juga komited untuk mengekalkan tahap integriti, profesionalisme dan tadbir urus yang tinggi dalam perkhidmatan serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan 11 pegawai agensi penguat kuasa di bahagian berkenaan direman bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah.

Perintah reman telah dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Bintulu pada Selasa.

Seramai enam suspek kemudiannya direman selama empat hari hingga Jumaat ini manakala empat suspek direman lima hari hingga Ahad serta seorang lagi suspek direman tiga hari hingga Khamis bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Portal berkenaan melaporkan, siasatan awal mendapati perbuatan rasuah itu didakwa berlaku antara tahun 2020 hingga 2025 melibatkan sejumlah wang antara RM2,400 hingga RM45,000 yang diminta dari ahli keluarga banduan sebagai habuan menjaga keselamatan serta memudahkan urusan mereka.

Ringkasan AI

  • Jabatan Penjara Malaysia serahkan siasatan salah laku dan rasuah pegawai kepada SPRM
  • Operasi SPRM di Penjara Bintulu libatkan beberapa pegawai
  • Jabatan akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
  • Tindakan lanjut akan dilakukan berdasarkan hasil siasatan dan perundangan
  • Komited pada integriti tinggi dan tidak berkompromi terhadap salah laku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!