Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner

Allahyarham Zara Qairina
Allahyarham Zara Qairina
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua gambar dan dua video Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersama rakan-rakan, termasuk pelajar A, dipaparkan dalam prosiding inkues kematian pelajar tersebut di Mahkamah Koroner di sini, pada Selasa.

Gambar dan video berkenaan dipaparkan oleh peguam, Shahlan Jufri, semasa sesi keterangan ibu pelajar A, iaitu saksi ke-62 dalam inkues tersebut.

Menerusi kedua-dua gambar yang dipaparkan, saksi mengesahkan anaknya kelihatan gembira dan ceria, namun tidak mengingati sama ada anaknya pernah memaklumkan bahawa dia bergambar dalam keadaan ceria bersama Zara Qairina dan rakan-rakan lain.

Apabila diminta merujuk kepada dua video yang dipaparkan, masing-masing berdurasi 24 dan 13 saat, saksi berkata dia tidak mengetahui mengenai kewujudan video berkenaan.

Bagaimanapun, pelajar A pernah memaklumkan kepadanya bahawa dia ada menghasilkan video TikTok, namun jumlah sebenar video yang dibuat tidak pernah dimaklumkan.

Namun beliau sekali lagi mengesahkan anaknya kelihatan ceria dalam video tersebut semasa bersama Zara Qairina dan rakan-rakan sebilik.

Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua gambar dan dua video Zara Qairina Mahathir bersama rakan dipaparkan dalam prosiding inkues
  • Gambar menunjukkan anak saksi kelihatan gembira dan ceria bersama Zara Qairina
  • Saksi tidak mengetahui tentang kewujudan dua video yang dipaparkan
  • Pelajar A pernah memaklumkan pada ibunya tentang pembuatan video TikTok
  • Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah agama sebelum meninggal dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!