Inkues Zara Qairina: Ibu pelajar A beri keterangan di Mahkamah Koroner hari ini

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin dengan mendengar keterangan daripada ibu Pelajar A.
Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes kematian Zara Qairina.
Ibu Pelajar A ialah saksi ke-62 yang dipanggil memberikan keterangan dalam inkues ini, yang telah memasuki hari ke-59.
Mahkamah, dalam pada itu turut menetapkan Jumaat ini sebagai lawatan locus in quo ke tempat kejadian, iaitu bangunan asrama sekolah berkenaan di Papar.
Untuk rekod, setakat ini seramai 61 saksi termasuk kanak-kanak telah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.
Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
Peguam bagi Pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.
Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Ringkasan AI
- Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung dengan mendengar keterangan ibu Pelajar A di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu
- Pelajar A adalah antara lima remaja didakwa berkaitan kes kematian Zara Qairina
- Inkues ini telah memasuki hari ke-59 dan ibu Pelajar A adalah saksi ke-62
- Lawatan locus in quo ke tempat kejadian, bangunan asrama sekolah agama di Papar, ditetapkan pada Jumaat ini
- Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal di Hospital Queen Elizabeth
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
