Kebakaran tanah gambut: 52 peratus daripada 100 hektar sudah dipadamkan

Operasi pengeboman air pada hari keenam kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi.
Operasi pengeboman air pada hari keenam kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI – Kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak Jumaat lalu kini mencecah hampir 100 hektar, dengan kira-kira 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan setakat Rabu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, operasi pada hari keenam tertumpu kepada penggunaan helikopter bagi pengeboman air.

"Kita sudah membuat longkang selatan di kawasan kebakaran. Sembilan sektor dibahagikan, yang mana beberapa sektor sudah dipadamkan.

"Dengan bantuan helikopter, kita yakin dapat menjangkau kawasan yang sukar diakses, terutamanya bahagian tengah yang sebelum ini tidak dapat dicapai jengkaut,” katanya di Pusat Kawalan Bomba (PKB) Operasi Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang pada Rabu.

Muhammad Al Mustakim menunjukkan kawasan kebakaran tanah gambut yang sudah berjaya dipadamkan.
Muhammad Al Mustakim menunjukkan kawasan kebakaran tanah gambut yang sudah berjaya dipadamkan.

Menurutnya, operasi pengeboman air akan melibatkan kira-kira 30 peratus kawasan kebakaran dan membantu mengurangkan asap melalui wap air yang dilepaskan.

Helikopter MI-17 milik Unit Udara JBPM yang berpusat di Subang Jaya, Selangor itu mampu membawa sebanyak 1,340 liter air bagi satu penerbangan, dan akan menjalankan operasi pemadaman yang dijangka sehingga Jumaat ini.

Air akan digugurkan dari helikopter ke kawasan kebakaran yang telah ditandakan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, setakat jam 12 tengah hari, seramai 153 penduduk Taman Bayu Damai di sini yang terdiri daripada 50 keluarga telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sejak kebakaran berlaku bermula Jumaat lalu.

Ringkasan AI

  • Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang mencecah hampir 100 hektar
  • 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan
  • Operasi pengeboman air menggunakan helikopter dilaksanakan untuk mencapai kawasan sukar
  • Helikopter MI-17 membawa 1,340 liter air bagi setiap penerbangan
  • Seramai 153 penduduk Taman Bayu Damai telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!