Penjawat awam ditahan rakam gambar bawah kain wanita di pasar raya

Seorang penjawat awam ditahan polis selepas disyaki merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di sini, pada Isnin. Foto hiasan
Seorang penjawat awam ditahan polis selepas disyaki merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di sini, pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

TAMPIN – [DIKEMAS KINI] Seorang penjawat awam ditahan polis selepas disyaki merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 3.46 petang.

"Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa telah diekori seorang lelaki sebelum dirakam dari bahagian bawah kain ketika sedang membeli barang.

“Bertindak atas maklumat dan siasatan, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan Kampung Baru Tampin bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman tiga hari bermula pada Selasa sehingga 29 Januari ini.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki merakam gambar dari bawah kain wanita di pasar raya Tampin
  • Laporan dibuat oleh mangsa kepada polis pada petang Isnin
  • Wanita itu mendakwa diikuti dan dirakam oleh lelaki ketika membeli barang
  • Polis Tampin menahan suspek lelaki berusia 26 tahun untuk siasatan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 507A dan 509 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!