Pemilik syarikat antara enam direman rasuah penjawat awam kes e-waste

SPRM reman enam individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pemberian suapan kepada seorang penjawat awam sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis masing-masing bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Foto: SPRM

A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemilik syarikat antara enam yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pemberian suapan kepada seorang penjawat awam sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis masing-masing bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kesemua suspek telah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selama empat hari bermula Rabu selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an telah ditahan secara berasingan menerusi Op Nature yang dijalankan sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang kira-kira jam 10.30 pagi dan 12.30 tengah hari, Selasa.

SPRM menahan reman enam individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pemberian suapan kepada seorang penjawat awam sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis masing-masing bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Foto: SPRM

“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2025.

“Kesemua suspek disyaki memberi wang rasuah antara RM2,000 hingga RM50,000 secara tunai,” katanya.

Susulan itu, tambah sumber, SPRM turut mengeledah kilang-kilang dan rumah kesemua suspek yang terletak di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dilaporkan berkata pihaknya memberi perhatian serius terhadap isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan sisa elektronik (e-waste) berikutan pelaksanaan Op Nature yang dijalankan serentak di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Operasi itu masing-masing dijalankan SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan pada Selasa.

Selain siasatan berkaitan kesalahan jenayah rasuah, aspek tatakelola ditumpukan bagi mengenal pasti punca dan kelemahan yang menyumbang kepada isu pengurusan e-waste.

Ringkasan AI

  • Seorang pemilik syarikat antara enam yang ditahan oleh SPRM Selangor untuk siasatan rasuah
  • Suspek didakwa memberi suapan kepada penjawat awam untuk mengelak tindakan undang-undang bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
  • Tahanan dilakukan melalui Op Nature sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang
  • Wang rasuah yang diberikan berjumlah antara RM2,000 hingga RM50,000
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!