Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM

KUALA LUMPUR - Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
"Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya,” kata beliau dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus. - Bernama
Ringkasan AI
- Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua adalah pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam memacu pembangunan Malaysia
- Pelaksanaan kenaikan gaji tersebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara
- Perdana Menteri mengharapkan pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk penjawat awam berkhidmat dengan lebih cemerlang
- Pelarasan gaji fasa kedua adalah kesinambungan dari kenaikan yang diumumkan pada 2024
- Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
