Isu ‘prof kangkung’: Writ saman fitnah RM1 juta gagal diserah kepada Rita Rudaini

Writ saman fitnah RM1 juta dan pernyataan tuntutan difailkan dua tokoh akademik terhadap Rita Rudaini gagal diserahkan.
Writ saman fitnah RM1 juta dan pernyataan tuntutan difailkan dua tokoh akademik terhadap Rita Rudaini gagal diserahkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Writ saman fitnah RM1 juta dan pernyataan tuntutan difailkan dua tokoh akademik terhadap Rita Rudaini gagal diserahkan kepada pelakon itu.

Ia berhubung kenyataan didakwa dikeluarkan Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar berbaur fitnah, antaranya isu ‘prof kangkung’ membabitkan pemimpin Badan Permuafakatan Pendidikan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) yang dikenali Muafakat.

Peguam, Datuk Adnan Seman berkata, dua dokumen saman oleh Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar di Sabak Bernam, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr Saidah Haris @ Harith selaku plaintif tidak dapat diserahkan kepada Rita selaku defendan di alamat terakhir yang diketahui.

Menurutnya, saman itu berkaitan dakwaan Rita mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan termasuk melabelkan kedua-dua plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu serta tidak layak menerajui Muafakat.

Plaintif kemudiannya membuat serahan dokumen mahkamah secara aplikasi WhatsApp kepada defendan, tetapi tiada kehadiran dimasukkan.

Mahkamah seterusnya membenarkan permohonan penyampaian ganti bagi membolehkan saman tersebut diserahkan melalui kaedah alternatif lain.

Mahkamah memberi tempoh satu bulan kepada plaintif untuk melaksanakan penyampaian ganti berkenaan.

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 26 Februari 2026.

Sebelum ini dua pensyarah berkenaan melalui Adnan berkata saman itu difailkan selepas Rita, 50, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.

Artikel Berkaitan:

Menurut mereka, antara tohmahan dilemparkan termasuk gelaran 'prof kangkung', gila jawatan, penipu, selain dakwaan kedua-dua plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, tidak layak memegang jawatan dalam Muafakat serta tuduhan salah urus wang ibu bapa, yang tercetus selepas timbul dakwaan badan itu mengenakan kadar yuran tahunan tinggi dan kos tambahan bagi aktiviti lain.

Plaintif memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 6 Disember lalu.

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!