Saman fitnah KDA FC diteruskan, mediasi gagal

Mohd Daud (dua kanan) dan Muhamad (dua kiri) bersama peguam masing-masing setelah selesai proses mediasi di Mahkamah Alor Setar pada Selasa.
Mohd Daud (dua kanan) dan Muhamad (dua kiri) bersama peguam masing-masing setelah selesai proses mediasi di Mahkamah Alor Setar pada Selasa.
A
A
A

KES saman fitnah yang difailkan pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim akan diteruskan dengan perbicaraan selepas proses mediasi gagal.

Ia berikutan tiada persetujuan dicapai menerusi proses mediasi yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini, pada Selasa.

Proses yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di Pusat Mediasi Mahkamah itu turut dihadiri Mohd Daud dan Muhamad bersama peguam masing-masing, sebelum selesai kira-kira jam 11.25 pagi.

Berikutan itu, kes akan diteruskan dengan perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Peguam yang mewakili Mohd Daud, Ashraf Sohaimi berkata, proses mediasi atas permintaan defendan bagi penyelesaian di luar mahkamah yang berlangsung hampir dua jam itu gagal mencapai persetujuan.

“Kami tidak dapat mencapai persetujuan ketika proses mediasi, jadi kes akan diteruskan ke perbicaraan. Ia berkaitan saman oleh anak guam saya berhubung hantaran di Facebook yang dibuat oleh defendan yang kami anggap mengandungi beberapa perkara tidak tepat.

“Tadi berlangsung proses mediasi dan rundingan untuk cuba menyelesaikan kes ini tanpa melalui perbicaraan, namun pihak-pihak tidak mencapai persetujuan, maka kes akan diteruskan dengan perbicaraan penuh,” katanya.

Menurut Ashraf, saman fitnah itu difailkan pada Oktober 2025 berhubung satu hantaran di media sosial oleh defendan pada Jun lalu.

Sementara itu, peguam yang mewakili Muhamad, Abdul Hadi Ahmad berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan perbicaraan kes saman tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Tarikh perbicaraan akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Ringkasan AI

  • Kes saman fitnah oleh pemilik saham KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar MB Kedah gagal selesai melalui mediasi
  • Tiada persetujuan dicapai dalam mediasi di Kompleks Mahkamah Alor Setar
  • Mediasi dihadiri kedua-dua pihak dan peguam, bermula 9.30 pagi dan tamat 11.25 pagi
  • Kes akan diteruskan dengan perbicaraan pada tarikh yang akan ditetapkan
  • Saman fitnah berhubung hantaran di media sosial oleh defendan pada Jun tahun lepas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!